Pada 6 Februari 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Wira telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan dengan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) di Makmal Komputer SK Wira. LADAP ini adalah dengan kerjasama Sektor ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
EPSA adalah portal pembelajaran secara online yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam Malaysia sejak 2007. EPSA merupakan model pendekatan latihan atau pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. SK Wira adalah sekolah perintis di Malaysia yang menggunakan aplikasi ini.
Antara kebaikan EPSA ini adalah untuk memudahkan serta menjimatkan masa guru - guru dan staf sokongan di sekolah kerana mereka tidak perlu lagi hadir ke sekolah pada hari Sabtu semata - mata untuk menghadiri LADAP. Ini kerana EPSA boleh diakses di mana jua sesuai dengan motonya Learning Anytime Anywhere.
No comments:
Post a Comment
~Terima Kasih~