Monday 27 January 2014

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Wira, Jalan Panching, 25150 Kuantan ini mula dibuka dengan rasminya pada 06 Januari 1997. Sekolah ini telah diberi nama "WIRA" oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) kerana lokasinya yang sangat strategik iaitu bersebelahan dengan Kem Tentera Batu 10, Jalan Gambang Kuantan Pahang. Wira membawa pengertian "KEPAHLAWANAN".

Sekolah yang merupakan salah sebuah sekolah gred A dalam kategori sekolah pinggir bandar ini menggunakan kod sekolah iaitu CBA 4090. Pembinaan sekolah ini telah menelan belanja sebanyak RM 3,127,949.00 di atas kawasan yang berkeluasan 10 hekter. Mempunyai 3 blok bangunan utama, sebuah makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah keseluruhan bilik darjah di sekolah ini adalah sebanyak 28 buah.

Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya menerima murid seramai 701 orang murid sahaja bagi tahun satu hingga lima. Mereka terdiri daripada anak-anak tentera dan juga orang-orang awam yang tinggal berhampiran seperti di dalam Kem Batu 10, Taman Seri Mahkota, Taman Mahkota Aman, kawasan kedai Jaya Gading dan perkampungan sekitar Jalan Panching. Sebelum di tempatkan di sekolah ini, mereka belajar di sekolah-sekolah berhampiran seperti SK Pengkalan Tentera, SK Jaya Gading, SK Fakeh Abdul Samad dan SK Gambang.

Pada tahun 2010, satu blok bangunan akademik telah didirikan dan diikuti pula pada tahun 2011 satu blok Prasekolah. Sehingga tahun 2013 jumlah murid telah mencapai lebih kurang 1200 orang.


Mulai tahun 2013, setiap kelas di sini menggunakan nama kelas yang baharu iaitu Hanzalah, Ammar, Syamas, Talhah, Ummair dan Miqdad menggantikan nama kelas yang lama iaitu Cemerlang, Bestari, Pintar, Bijak, Inovatif dan Dinamik. Nama - nama kelas yang baharu ini diambil bersempena dengan nama-nama pejuang Islam dan juga sahabat - sahabat Nabi Muhammad SAW.


No comments:

Post a Comment

~Terima Kasih~