Monday 14 January 2019

Monday 29 June 2015

Sesi latihan Bola Sepak

Latihan untuk program kebitaraan bola sepak diadakan sebanyak 3 kali seminggu. Sesi latihan ini bermula pada pukul 4 petang hingga 6.30 petang.



Kebitaran Bola Sepak


Program : Akademik Bola Sepak SK Wira
Murid     : Murid Tahun 4 dan Tahun 5


Program Akademik Bola Sepak SK Wira bertujuan untuk melahirkan pemain- pemain bola sepak yang berkemahiran tinggi dalam permainan bola sepak. Program ini disertai oleh murid tahun 4 dan tahun 5. Seramai 36 orang murid menyertai program ini.

                                                           
                                                     Ahli Kelab Bola Sepak SK Wira

                                                           
                                                              Penyampaian Sijil

                                               Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Izzat Naim

Monday 22 June 2015

Program Kebitaran Bahasa Melayu

Program  : Pidato Cilik
Tempat    : Sk Wira
Tarikh      : 30 Mei 2015

Program Pidato Cilik adalah salah satu daripada program Kebitaraan Bahasa Melayu. Program ini bertujuan melahirkan ramai murid yang boleh berpidato dan seterusnya mewakili sekolah ke pertandingan pidato. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan murid yang berani dan berkebolehan untuk bercakap di hadapan khalyak ramai dan berani melontarkan pendapat mereka.










Monday 25 May 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


Tarikh Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun.
Majlis Sambutan Hari Guru diraikan untuk menghargai jasa para guru yang banyak bekorban demi menyampaikan ilmu berguna untuk masa depan anak didik, agama, bangsa dan negara.









Tuesday 7 April 2015

Kempen Memberi Salam

Masa : Sepanjang persekolahan

Budaya memberi salam di Sk Wira menjadi satu amalan dikalangan murid- murid. Budaya ini dipupuk supaya murid- murid mengetahui kelebihan dan faedah memberi salam serta membina sahsiah yang baik.


Kebaikan Memberi Salam


Orang-orang yang memberi dan menjawab salam akan diberi pahala dan kebajikan daripada Allah swt.

Bukan saja pahala kebajikan, malah rahmat pun dapat.
"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh" (Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)

Tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

Bukan saja malaikat yang mendoakan mereka yang memberi dan menjawab salam, bahkanAllah juga mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!
"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Begitu besarnya, fadhilat salam. Hanya sekadar memberi dan menjawab salam, pelbagai keistimewaan yang Allah bagi pad kita. So jom semua kita sama-sama meringankan mulut untuk memberi dan menjawab salam. Semoga hidup kita akan lebih berkat dan sempurna.  

Zon Sifar Sampah

Aktiviti Zon Sifar Sampah diwujudkan supaya dapat membina budaya sifar sampah di kalangan murid- murid. Aktiviti ini dijalankan sepanjang tahun persekolahan. Aktiviti ni dijadikan budaya warga SK Wira supaya persekitaran sekolah kelihatan bersih dan mewujudkan murid- murid yang berdisplin serta menghargai alam sekitar.